Monday 13 April 2020

Kursus Pengucapan Awam Untuk Sektor Korporat


Pengucapan Awan ialah teknik menyampaikan idea kepada para hadirin dengan menggunakan gerakan tangan, lontaran suara, cara berdiri, mimik muka dan tatapan mata. Namun, tidak semua menggunakan taknik-teknik di atas dengan sempurna dan berkesan. Disebabkan itu, lontaran idea anda tidak dapat disampaikan secara efektif kepada para hadirin anda. Namun, dengan latihan yang mencukupi, anda boleh menjadi mahir di dalam pengucapan awam.

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS PENGUCAPAN AWAM UNTUK SEKTOR KORPORAT Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983

Kajian Kes 1: Akibat Mengabaikan Kemahiran Pengucapan Awam


Abu adalah seorang pekerja yang cemerlang di sektor beliau. Dia sedang bersiap siaga untuk menghadapi peperiksaan pejabat yang membolehkan nya untuk dinaikkan pangkat. Oleh itu, dia belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan markah cermerlang di dalam peperiksaan nya kelak.

Usaha Abu tidaklah sia-sia, Dia mendapat markah cemerlang di dalam peperiksaan pejabat tersebut. Pihak pejabat telah menjemput Abu untuk memberi sepatah dua kata di majlis makan malam tahunan pejabat supaya dia dapat menjadi inspirasi untuk pekerja-pekerja yang lain.

Abu merasakan bahawa dia tidak perlu untuk bersiap sedia untuk ucapannya kerana dia merasakan dia cukup bijak untuk menyampaikan ucapan nya tanpa apa-apa persediaan. Abu meneruskan pekerjaan nya seperti biasa.

Pada hari kejadian, Abu mendapat kejutan besar kerana beberapa ahli lembaga pengarah hadir di majlis makan malam tersebut. Sebagai wakil pekerja cemerlang, Abu tentunya ingin menawan hati ahli lembaga pengarah dengan ucapan nya.

Namun, disebabkan tiada persediaan yang dilakukan. Abu hanya menyampaikan ucapan terima kasih sahaja kerana terlalu gementar. Setelah kejadian itu, Abu mula sedar bahawa pengucapan awam bukanlah senang seperti yang dijangkakan. Beliau mula meningkatkan kemahiran nya dalam bidang tersebut.

Kajian Kes 2: Akibat Tidak Mahir Dalam Teknik Pengucapan Awam


Aaron ialah pelajar tahun akhir di universiti. Dia telah menanam azam untuk memasuki alam pekerjaan sebagai pegawai jualan di sektor korporat. Justeru, dia belajar bersungguh-sungguh supaya dia berjaya mendapat keputusan yang cemerlang supaya melayakkan dia menjadi pegawai jualan.

Usahanya tidak sia-sia. Dia medapat semua A untuk dalam semua nya. Dia nya mula mengisi borang dan menghantar dokumen-dokumen yang diperlukan ke laman web pencari kerja. Nasibnya amat baik kerana dia dipanggil untuk ditemuduga setelah hanya beberapa minggu.

Aaron datang ke temuduga tersebut. Aaron berjaya menjawab ujian berkomputer dengan cemerlang. Namun, apabila temuduga berkumpulan dijalankan, Aaron gagal kerana dia tidak tahu teknik-teknik yang betul semasa berucap di khalayak ramai. Aaron tidak menyerlah berbanding calon-calon yang lain dan akhirnya gagal mendapatkan jawatan tersebut.

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS PENGUCAPAN AWAM UNTUK SEKTOR KORPORAT Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983

Kajian Kes 3: Kesan Penggunaan Teknik Pengucapan Awam Yang Betul


Azrul berumur 26 tahun dan baru sahaja menamatkan pembelajaran ijazahnya dua tahun yang lalu. Namun, pada usia yang muda itu, dia telah memegang jawatan pengurus jualan di dalam organisasi beliau.

Ramai bertanya apakah rahsianya Azrul dapat meyakinkan pihak pengurusan untuk melanitk nya memegang jawatan pengurus jualan. Jawapan nya adalah teknik pengucapan awam yang baik.

Semasa memegang jawatan sebagai eksekutif jualan, Azrul berupaya memukau dan meyakinkan pelanggan untuk melanggan servis yang ditawarkan oleh syarikat nya dengan menggunakan teknik pengucapan awam seperti lontaran suara yang tepat dan gerakan tangan yang menunjukkan keyakinan. 

Ini membuatkan pelanggan amat yakin untuk berurusan dengan Azrul. Dalam masa kurang setahun, Azrul telah menjadi eksekutif jualan yang hebat. Melihat perkara ini, pihak pengurusan melihat Azrul sebagai aset yang tidak boleh dilepaskan dan membuat keputusan untuk menaikkan pangkat Azam sebagai pengurus jualan.

No comments:

Post a Comment